TAKLIMAT JERAYAWARA (ROADSHOW) ANUGERAH AKADEMIK NEGARA (AAN) KALI KE-10 SIRI 6/2016

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menganjurkan Taklimat Jerayawara (Roadshow) Anugerah Akademik Negara (AAN) kali ke-10, Siri 6/2016 bagi  IPT Zon Utara seperti ketetapan berikut:

Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang

Tarikh : 11 April 2016 (Isnin)

Tempat : Bilik Sumber PPK Mekatronik, Kampus Pauh Putra, Arau

Untuk makluman, penganjuran taklimat ini adalah bertujuan untuk mempromosi serta membuat hebahan kepada tenaga akademik IPT Zon Utara yang berminat untuk mengemukakan permohonan bagi setiap kategori AAN kali ke-10.


Sehubungan dengan itu, kepada Staf Akademik UniMAP atau IPT Zon Utara yang berminat untuk menghadiri taklimat ini boleh mengisi borang pengesahan kehadiran menerusi google form seperti di bawah:

https://goo.gl/HEBWTD

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pn. Nu Izzati Mohd Noh di talian 04-9798906

Kerjasama dan perhatian berkenaan perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.