Director's Profile

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 Kol.Bersekutu (PA) Prof. Dr. Salleh Abd Rashid

 Director of Centre for Sustainability Leardership development (LEAD)

Kol. Bersekutu(PA) Prof. Dr. Salleh Abd Rashid seorang professor dan mantan Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi dan kini sebagai Pengarah di Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan Lestari (LEAD) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan dan Pensyarah di USM, Pulau Pinang dan sebagai Professor Madya dan Timbalan Dekan di UMS, Kota Kinabalu. Khidmat cemerlang beliau sebagai  JK Task Force dan jurulatih mental skuad SUKMA Sabah, beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K) oleh TYT Dipertua Negeri Sabah pada tahun 2008. Terlibat mengajar kursus-kursus Pendidikan, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Sains Sukan dan Kaedah Penyelidikan lebih daripada 25 tahun. Seorang penyelidik yang sangat aktif dan pemegang beberapa geran penyelidikan utama dalam bidang Pendidikan dan Sains Sukan. Beliau telah menghasilkan 13 orang pemegang Ph.D, beberapa buah buku, pemegang pingat dalam ekspo dan pameran penyelidikan , penulisan bab dalam buku dan lebih daripada 100 artikel dan kertas kerja dalam persidangan, diges, jurnal buletin dan makalah dalam bidang yang berkaitan. Beliau merupakan editor bagi beberapa jurnal tempatan dan antarabangsa dan merupakan ahli panel penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga perunding pembangunan kurikulum bagi bidang tujahan beliau. Beliau juga adalah Timbalan Komandan KorSISPA, UniMAP berpangkat Kolonel Bersekutu, juga AJK PPJSKM, ahli PENAUK, ALNC, jurulatih bertauliah bagi bola sepak dan kem bina semangat dan ahli beberapa persatuan akademik dan peringkat komuniti yang lain.